Thursday

BAHAYA PENYAKIT TAKBUR

RASULULLAH SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya, "Mengapa kamu berkumpul di sini?" Sahabat menjawab, "Ya Rasulullah, ini ada orang gila sedang mengamuk. Sebab itu kami berkumpul disini."

Rasulullah bersabda :

"Orang ini bukan gila. Ia sedang dapat musibah. Tahukah kamu,siapakah orang gila yang sebenar
(al-majnun haqqal majnun?)"

Para Sahabat menjawab, "Tidak ya Rasulullah."

Baginda menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga Tuhan sambil membuat maksiat, yang kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya. Adapun orang ini, dia hanya sedang mendapat musibah saja."

AKAL YANG TIDAK BERFUNGSI.

Orang gila (majnun) berakar kata 'jannat', ertinya menutupi. Dia masih mempunyai akal, tetapi akalnya sudah tidak berfungsi atau tertutupi oleh kemahuannya yang tidak terkawal dan hawa nafsunya yang sungguh aneh. Orang seperti ini tidak dianggap 'gila' oleh Rasulullah, melainkan sedang ditimpa penyakit (musibah). Justeru yang disebut 'majnun' oleh Nabi adalah orang takbur, sombong, biadap, yang perbuatannya merugikan merugikan orang lain, manakala kebaikannya tidak memberi manfaat sedikit pun.

Orang gila yang terkena gangguan saraf hanyalah orang yang menderita 'mubtala' (musibah), orang yang sedang sakit. Orang sakit perlu dikasihani, dibantu dan diubati. Majnun yang sebenar dan sangat berbahaya ialah 'takbur', iaitu penyakit warisan IBLIS.

Rasullullah SAW bersabda kepada Abu Dzar: "Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, ia tidak akan cium bau syurga, kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya".

Rasullullah bertanya kepada Abu Dzar : "Bagaimana perasaan hatimu?"

Abu Dzar: "Aku dapati hatiku mengenal kebenaran dan tenteram didalamnya".

Rasulullah SAW: "Yang demikian itu tidak termasuk takbur. Takbur itu meninggalkan kebenaran dan kamu mengambil selain kebenaran. Kamu melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu..."

KESALAHAN UTAMA.

Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah kesombongan. Ini adalah sifat syaitan yang mencorakkan kejahatan dan pembangkangan kepada Allah. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan kesombongan.

Tercelanya takbur ini dijelaskan oleh Rasulullah bahawa tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawa dari takbur (sombong). Dan tiada akan masuk neraka orang yang ada didalam hatinya seberat biji sawi dari iman.

Daripada Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bahawa orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam bentuk semut kecil, yang diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta'ala.

Oleh itu Nabi sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada sifat takbur dan sombong.

Malahan Rasulullah menyebutkan bahawa penyakit gila yang sebenar adalah takbur. Sebab ia membinasakan semua amalan yang dilakukan oleh orang yang menghidap penyakit takbur ini.

Seterusnya kita dapat meneliti sendiri apakah sifat 'takbur' ada didalam diri kita. Bila gejala tidak
sihat ini memahat diri kita, ianya cukup untuk mengheret kita kepada penyakit 'gila' yang sebenar,
MAJNUN HAQQAL MAJNUN.

INILAH HAKIKAT PENYAKIT HATI YANG AMAT BERBAHAYA!!!!!!!
jadi arsip download disini

No comments: